Kontraktor Bina Rumah - Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Profil Syarikat

Lordqo-profil syarikat-2

Latar Belakang Syarikat

Kontraktor Bina Rumah (Asiro Legacy Sdn Bhd) ialah sebuah syarikat kontraktor rumah Bumiputera yang mula beroperasi sejak tahun 2013 dan sah berdaftar dengan badan-badan kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Sijil Taraf Bumiputera (STB), dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kontraktor Bina Rumah menawarkan pelbagai pakej rumah istimewa yang bercirikan rekabentuk moden dan estetik dengan harga mampu milik sesuai untuk para pelanggan. Kami juga terbuka menerima sebarang custom design dari pelanggan kami untuk membina rumah idaman mereka yang sesuai memenuhi cita rasa unik setiap pelanggan.

Dengan motto syarikat ‘Impian Anda, Keutamaan Kami’, Kontraktor Bina Rumah komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pelanggan kami dan memastikan setiap projek yang dilaksanakan menepati standard dan piawaian yang ditetapkan.

Kontraktor Bina Rumah sah berdaftar dengan agensi kerajaan Malaysia

Mengapa Pilih Kami

1. Kontraktor Berpengalaman

Lebih 10 tahun pengalaman dengan kualiti kerja yang menepati standard piawaian.

2. Rekabentuk Moden Minimalis

Rekaan rumah bercirikan moden minimalis yang menepati citarasa masa kini.

3. Harga Mampu Milik

Harga rumah mampu milik sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

4. Khidmat Konsultasi

Bersedia membantu pelanggan dari awal hinggal tamat proses pembinaan rumah.

Kontraktor Bina Rumah - Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Bina Rumah Idaman Anda Bersama Kontraktor Bina Rumah

Team kami berbesar hati dan bersedia membantu anda dari mula hingga selesai urusan pembinaan rumah idaman anda.